arini aku tido lmbat gler mentang2 la sok cuti kan amik kesempatan la kire nie...aku wat assignment internet persembhan yg power point tu pakai laptop rumet ek..siap gak akhirnye kan tu yg suker gler nie....hehehe
Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput… Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ? Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar. Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ? Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap. Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar. Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ? Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus ! Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ? Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJINbelaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencariseorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelakimengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?" Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yangmenyuapkan saya". Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku". Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?" maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolongkunyahkan". Maka raja pun terdiam..... Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:"saya adalah yang paling malas tuanku". Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?" budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. “Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang..HAHHA..ASAL-USUL...
Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama. Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas. “Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “ Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa.Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama siburung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”