Sunday, May 10, 2009

Saturday, May 9, 2009

KELEBIHAN BERSABAR


1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatoh dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mehu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
>> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
>> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
>> Memiliki iman sejati

NIELAH KARTUN2 YG AKU SUKE TGK!!!













tak kisah la orang nk kate mcm budak2 ke..
aku tak heran pasal bagi aku tgk kartun nie bleh hilangkan tensen..
tak payah nak pening2 pale pkir jalan cite die...

aku suke spongebob pasal die nie unik, klakar dan lurus bendul...hehe
upin n ipin lak pasal dorang nie comel gler kan??
detektif conan lak pasal aku nie suke bende yg pelik2, aku suke gak bab2 menyiasat nie..
cite nie memang tak rugi tgk..
totally spies pun lebih kurang macam conan gak..
cume dorang nie lurus bendul ckit mcm spongebob..
huhuhu









BORING GLER!!!

( aku ngan rumet)

malam nie sensorang kt bilik..
layan lagu..

main internet...boring sebenarnyer nie..
walaupun on9 tapi boring gak...
rumet balik...
member pun ramai balik...
huhuhu bru terasa kesunyian ble xde kawan..
macam mane ngan orang yg tak bergaul tu yea?
dorang tak bosan ker??

PERCUMA SEGALA2 NYE!!


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Friday, May 8, 2009

NIE LAH KAWAN2 SAYE YG GLER2!!

isi mase lapang
peace!!!

peace!

kitorang memang gler2 satu klas..
klas ktorang je laar yg paling bising kat sini..
kitorang memang kucar-kacir lah..
hehehehehehehe
btul x korang????

PENGORBANAN IBU TAK BLEH GANTI PUNYER!!


Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....
Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Mak
Yang selalu berleter kat aku.. . Mak
Yang selalu puji aku.. Mak
Yang selalu nasihat aku.. .Mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak
Renungkan:
Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu....
Dibawah adalah Nukilan Syeikh Hassan Al Banjari
Perjuangan mu bagai lilin yang membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela Berkorban meredah onak berduri
Jasa Bakti mu sejernih air di qhali
Sinar cahaya murni mu menerangi keluhuran insan
Kau lah insan yang bernama Ibu
Ya Allah Engkau pelihara lah kedua ibubapa ku.sepertimana mereka membela ku dari kecil.
Jauh di sudut uslub kalbu ni sayu & pilu mengenangkan pergorbanan mu ibutapi aku manusia yg selalu lalaiselalu lupa kan ibu ku.Maaf kan diri ku wahai ibuku..
aloo..
lame gak x bukak nie..
ari ramai gak member balik pasal ari isnin cuti kan..
aku tak balik pasal mgu lepas da balik...
agak boring lar gak..
tapi seb bek ade geng..ajim..kak ana..2 org je la yg tak blik..
tak tau nak wat per..
memang kesunyian gler nie...

CERITA SEDIH ADIK-BERADIK

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak."Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... .."Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi... aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita?